-->

Thursday 28 June 2012

Aeon Station 18 Ipoh ~Shopping centre


Bulan lepas 1st time g Aeon station 18 yang baru buka tu.
Asalnya saya & si dia nak cari barang-barang hantaran (^^)hihi
Penat kiteorang round2.. 
Sempat snap beberapa keping gambar (^^)
Pemandangan dari luar.
Pintu depan masuk..sangat cute ^^
Masuk2 je ade ni..
Plan - yang sangat luas.
 Ada berapa tingkat? Sampai 2nd floor sahaja.

Hmmmmmm............
 Apakah perkara utama yang wajib kita semua akan masuk..
kompem masuk punyalah ?????? hihi
Tandas ^^
Hihi gambar atas tu laluan ke tandas
Ni bahagian untuk baby.
Siap ada kerusi & bilik asingan.
Ni kat bilik persalinan baju2..


Tuesday 26 June 2012

Bride 2 be ~ Ujian Talasemia


Hari tu saya kan ada wat ujian talasemia sekali dengan HIV test.
Saja-saja nak test.
Xsalah kalau kita nak tengok tahap kesihatan kita & pasangan =)
Nurse akan call balik jika ada masalah dalam darah.
Jika tak ada masalah, tak akan dihubungi.

Info mengenai Talasemia:  (Sumber dari pelbagai web)
  • Penyakit kecacatan darah.
  • Dimana sel darah merah tak normal / hemoglobin xcukup dalam darah jadi oksigen x dibekal secukupnya. (Hemoglobin rendah: kurang daripada 10g/dl)
  • Tisu akan gagal berfungsi dengan baik sebab kurang oksigen.
  • Penyakit ini boleh diwarisi dalam keluarga.
  • Pesakit akan selalu kelihatan pucat / lesu / tidak bermaya / sesak nafas.
  • Kelebihan  penghidap ini: Boleh melawan penyakit Malaria
Tanda-tanda penyakit Talasemia:
  • Dilahirkan normal. Tetapi apabila umur 13-18 bulan ada masalah anemia (kesukaran bernafas).
  • Badan pucat/lemah/gelisah.
  • Tumbesaran terbantut. Tulang muka/pipi/rahang x normal.
  • Pembengkakan hati & limpa (perut akan buncit)
  • Jaundis.
Rawatan:
  • Transfusi darah berterusan setiap bulan (kesan ini akan merosakkan fungsi organ hati/jantung).
  • suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang yang sesuai.

Saturday 23 June 2012

Bride 2 be ~ sijil kursus kahwin


Saya dah pergi kursus kahwin bulan April aritu..
Ni rupa sijil nya untuk negeri perak tahun 2012 ^^
sijil kursus kahwin

Friday 22 June 2012

Bride 2 be ~ kasut hantaran


minggu-minggu yang lepas, xingat bila ^^ 
kesan kepala terhentak tiang meja aritu agaknya ni hahahaha ^^

saya pergi cari barang-barang hantaran..
Exercise kaki pun dah...sakan round- round 
Bagus shopping ni..SUKA ^^ walaupun kaki sakit ngehehe
Plan nya nak cari kasut saya..tapi xada =(
Last2, dia yang beli barang dia huhu
kasut hantaran
Ni dia punya.. ^^

Thursday 21 June 2012

Kau yang memilih aku ~


Sekarang tengah gila dengar lagu ni...
Suka sangat2... Suka muzik die..


Cinta tak pernah sesakit ini
Cinta tak pernah seperih ini
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan kau curangi aku

Rasa yang ada didalam hati
Tangis yang ada saat kusendiri
Inilah akhir kisah cintaku
Kisah bersamamu

Kau yang telah memilih aku
Kau juga yang sakiti aku
Kau putar cerita
Sehingga aku yang salah

Kau selalu permainkan wanita
Kau ciptakan lagu tentang cinta
Hingga semua tahu
Kau makhluk sempurna

Mungkinkah semua mereka tahu
Saat hatiku luluh kepadamu
Kau pergi dengan kisah yang baru
Dan kusimpan di ketulusan hati

Kau yang telah memilih aku
Kau juga yang sakiti aku
Kau putar cerita
Sehingga aku yang salah

Kau selalu permainkan wanita
Kau ciptakan lagu tentang cinta
Hingga semua tahu
Kau makhluk sempurna

Kau yang memilih aku
Kau yang memilih aku
Kau yang memilih aku

Kau yang telah memilih aku
Kau juga yang sakiti aku
Kau putar cerita
Sehingga aku yang salah

Kau selalu permainkan wanita
Kau ciptakan lagu tentang cinta
Hingga semua tahu
Kau makhluk sempurna

Kau yang telah memilih aku
Kau juga yang sakiti aku
Kau putar cerita
Sehingga aku yang salah

Kau selalu permainkan wanita
Kau ciptakan lagu tentang cinta
Hingga semua tahu
Kau makhluk sempurna

(lirik dari : mp3indodownload)

Wednesday 20 June 2012

Domino's pizza


Saya: "Awak, saya nak makan domino's nak rasa. Xpernah makan..dah lama teringin =( "
Tunang: "Kite makan nasi ek. Lagi kenyang ^^ "
Saya: (dengan muke sedey)


Saya tak pernah rase makan satu pizza ni..
Selalu makan pizza hut je..
Malam tu teringin sangat nak makan sampai cakap kat dia..
Tapi die nak makan nasi =( saya xmo makan nasi


Dia drive pusing2 pekan tu. Sekali belok satu simpang ni.
Stop kat satu blok.
^^ hehehehehehehehehehehehehehehehe
Tunang: "Jom ^^"
Saya: "Yeah hehehehe ^^"

Die pun belikan la =) hehe cair ngan muka kesian saya kot..haha
Tunang: "Take away ok"
Saya: " ^^ okay... (lama diam tengok menu..macam mane nak order ni) Awak orderkan."

Xingat ape yang dia order kan..
Sementara dieorang nak sediakan tu..cuci mata sekeliling dulu  ^^
 Macam2 juga yang ade ek..hmm nampak sedap..
Ni menu baru..

Sementara tunggu tu beli la air ni dah dahaga sangat..

"OK dah siap. Sila datang lagi"
Pastu terus pergi kedai makan sebab tunang nak makan nasi.
 Ni dia nya..siap ade discount coupon..
tak sabar nak tengok...jeng jeng jeng
Erkk..
nape semenjak dua ni apa yang saya beli nak makan, banyak yang tak menarik =(
Rase pun kureng2.. waaa..
Kat tepi kotak tu ada tulis ni...
Saya: "Awak, saya rase xsedap sangat =(  kotak ni dah gtau boleh refund"
Tunang: "Hmmm =) (senyum je)"

Saya curi2 makan makanan kat pinggan tunang kat sebelah.....
Dia kenyang je makan nasi yang berlauk ikan 3 rasa tu..haiyak


Tuesday 19 June 2012

Dejavu di Kinabalu - TV3

Dejavu di Kinabalu (Sumber: TV3)
 Best la tengok cerita ni kat tv3  semalam
7.00malam slot Akasia

Sinopsis: (Sumber TV3)
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara. Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya. Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ. Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa. Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Sunday 17 June 2012

BRIDE 2 BE - HIV test


Baru-baru ni g wat HIV test..
sebab kena wat kalau nak kawen kan.. =)


Pergi ngan tunang sekali berdua..Time tu pun datang klinik jam 11.15am..
Nurse tu kate dah lewat..masa tamat 11.30am..
Saya xtau pun ade time nye..
Tapi die kate okla..boleh la wat jap.. yeaaah senyum lebarrr ler ^^


Terus die panggil masuk sorg2 kat dalam cepat2..
saya ni xpernah amik darah..derma pun xjuga..memang blur la kan


Die minta tangan..Bagi tangan kanan..Die suruh genggam..
Saya punyala genggam sekuat hati..
Nurse tu dah cucuk sampai tercabut..haha..kuatnye saya
"Jangan kuat sangat dik, darah dah tolak balik..Ni kena denda ni, hulur tangan kiri" sambil senyum..


Dah sah kena cucuk lagi ni..saya xpernah takut jarum..
Tapi tiba-tiba aritu rase macam seriau lak..
dan dan takut jarum..yela kot.. 
mana lak sebelum ni saya nak jumpe jarum kan =)
nak cucuk-cucuk diri sendiri kenape..

 
Tiba-tiba rase menyengat je lengan tu..dekat lipatan siku..
dalam hati arghhh..nak jerit malu..
Macamane la penagih dadah tu leh relax je cucuk2 badan dieorg nih... 

"Beranak nanti lagi banyak amik darah dik
huhu nurse ni cam tau2 je..
Pas saya setel, tunang lak..
Lepas tu kena isi borang macam2..
 Borang semak jangkitan
Borang untuk perkahwinan
Kad rawatan
Pastu kena bayar bil klinik RM 2. Murah kan..
kalo negara lain kena bayar berapa RM agaknye..
Saya memang xtau macamane test HIV ni..
tanye orang pun tak..pergi sahaje..
sepatutnye tau la sikit2 macamane kan =) 
ni kira saya bagi info untuk mereka2 yang akan datang nak wat test HIV nanti =)


Tak lama pastu..staff klinik ni panggil sorang2 masuk lab die..
Dah duduk..staff tu bukak 1 paket... ade macam2 dalam packet tu..
pastu suruh saya hulur tangan..Ingatkan dah setel...rupanye ade lain lak..


"Hulur jari hantu"...
alhamdullilah =) hehe ingatkan amik darah kat lengan macam tadi..
"adoi" alamak terkeluar lak suare saya.. "Sakit ek" staff tegur
hehe die cucuk sikit je pun..macam stapler tu je..
amik darah pun sikit cuit je pon...
bukan cam mula2 tadi jarum besar...apela cik lylyn ni =P
Malu malu..=)

Staff: "Test ni cik kena tunggu 15min"..
Saya: "ok"
Dah setel semua g la tunggu keputusan kat luar..
Sembang2 dengan tunang..

Saya: "Nape kena amik 2 kali darah"
Tunang: "Yang 1st tu untuk test talesemia atau ade problem lain"
Saya: "Ye ke" (dengan konpius, bila masa die g..tadi xperasan)

Tunang: "Tadi saya dah mintakan nurse tu wat sekali"
Saya: " Ooooo..." (bagus3 encik tunang..u've done a good job..heart u la sayang)


Xsangka rase lama tunggu..boring2..
Seluk poket main hp la ape lagi...snap sane...snap sini..


Saturday 16 June 2012

BOWLING 2012 - part 5


Sambungan bowling lagi =)
Hadiah dah tersusun semua..
Medal ada..hamper ada..sijil ada...
Semua orang dapat =)
Nak bagi semua hepiiii hepiiii main =)
Tu dia ucapan dari big boss sempena piala bowling dia.
Dalam banyak-banyak orang tu saya yang kat ceruk tu hah
Sibuk susun sijil ikut pemenang-pemenang.
Dah tak pandang orang lain dah =)

Friday 15 June 2012

BRIDE 2 BE ~ borang kahwin


Tunang dah beli borang kawen aritu =) 
Mula-mula saya nak beli je..sebab die sibuk ngan kerja..
tapi dia kate xpe biar die belikan =)
 Ni die borang untuk perempuan...lelaki pun ada borang lain
Dalam borang tu macam ni..
nak beli borang ni RM 1.00 satu
Ni pengesahan maustatin oleh ketua kampung/majikan/penghulu.
Ni untuk borang HIV test.

Malam tu apa lagi semangat nak isi =)
esok siap fotostat ape yang nak..
Tapi still x siap..lom buat test HIV, pengesahan penghulu lom
pastu kena balik umah dlu nak urusan wali..
 Hmmm cadang nye harini nak wat test HIV kat klinik kerajaan sini2..



Thursday 14 June 2012

Dahi Saya~~


malam semalam sebelum tidur..nak tutup laptop..
sekali duppp!
adoi la! sangat sakit.
macamane la boleh xperasan tiang meja tu. Sedangkan hari-hari depan mata tengok.
Ni lah hasil tandukan semalam. (Bulatan merah tu)
Demam bola ke apa ni..hahaha =)
Pastu satu hal nak g merawat sakit ni lagi.
Mata dah ngantuk.
Gagah kan diri g amik towel kecik.
Iron kan jap.
Haih yak..abis la muka saya nak kawen nanti..
Harap cepat surut.
Tapi sampai sekarang ni rasa sakit lagi macam berdenyut2..lampu ultraman je..
 Pagi tadi dah tuam lagi.



Wednesday 13 June 2012

BOWLING 2012 - part 4


Sambungan bowling lg =) aaaaaaaa game dah abis..
lega..tapi nak setel pulak markah2 dieorg ni semua...70 lebih orang..
Semua tengah tunggu nak hadiah je ni =) hehe 
Saya yang tudung kelabu tu lak sebuk tangkap2 gambar..
Ni die muka2 comittee & pemain2 yang sebuk gak nak tau markah dieorg.. haha
Sampai '2' list paper score dieorg ni..
Nama saya padam kan nanti malu la yang dapat mata skit2..
Adakah saya????  Oh tidak...ada lagi yang sikit dari saya =) 
akan datang kite tengok pemenang nya =)


Tuesday 12 June 2012

BRIDE 2 BE - part 4



Xlama je lg ni..tp still ada yang x setel =) 
mak dah bising kat saya dh huhu...sorry mak...wat lambat2..

BAJU NIKAH
Time tengah survey2 baju nikah tu sempat snap 1 2 pictures. Saje2..
3minggu servey je xbeli2..
Warna yang dicadangkan time nikah nanti...
putih atau cream atau light-pink. Nak yang simple & chantek =)
Jubah Style
Baju kurung biasa
Last2 g cari ngn encik tunang..nak tnye pendapat die..
Hasil usaha sama....Dah beli dah... yeyeah =)
kalo tgk blog2 yang lain kebanyakannya tempah..
Saya beli dah siap trus..nak senang..
Dah simpan dalam almari kat rumah.. Tiap kali balik umah, usha je baju tu..
Fikir jugak tiap kali tengok tu..OK ke.. KO ke ni...
Mak pn xkomen apa2...oklah agaknye...
~~~Gambar baju nikah sebenar tak dapat nak dedahkan. =) ~~~



Sunday 10 June 2012

BOWLING 2012 - part 3



Sambungan...bowling =)
Priiiiiiitttt! Game sudah bermula.
Mulanya senyap je..tiba2...
Klung! Klang! Klung! Klang! 
Satu2 lpas sorg2 dieorg ni  jatuhkn pin...Gerun..
Cerita saya lak...meastila nak menang juge ngehngeh =)
Lepas ni giliran saya =) Semangat2...gambate!
Tu die...yag baju hitam..yang macam belang2 nyamuk tu =) pro tau...hihi
Haiyak!
Macamane balingan..hmmm Ok still on track lg ball tu..x tersasar lagi nampaknye...
Hemmmm ni la mata yang dapat =) Mana satu saya??? Haha biarla rahsia~ cehh