![]()  | 
| Dejavu di Kinabalu (Sumber: TV3) | 
 Best la tengok cerita ni kat tv3  semalam
7.00malam slot Akasia 
Sinopsis: (Sumber TV3)
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, 
Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu 
Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan 
Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar 
kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara. 
Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang 
Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, 
seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah
 projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan 
satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang 
Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta 
mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat 
dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu 
Inara dapat dibuang dari hatinya. 
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan 
dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa 
walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, 
cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu 
sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar 
terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah
 lewat petang dan terpaksa bermalam di situ. 
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. 
Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik 
keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu 
berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak 
persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal
 perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, 
Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang 
Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.
 
Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? 
Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli? 

ganti seindah sakura kan?
ReplyDeleteye kak =)
Deletesekarnag tak de mase nak tengok TB. huk3...
ReplyDeletebz ke kak?
Deletebest juga tp kekdg x sempat nak follow citer waktu mcm ni
ReplyDeletecara pnyampaian crite ni beza..gambar die macam wat filem..tu yg menarik..nanti ade masa cuba akak tgk =)
Deletetak sempat tengok semalam..tak sihat..TV kemana...Tido kemana...mmmm...
ReplyDeletesian akak..semoga cpt sembuh..
Deletesuka tayang cerita best waktu solat maghrib kan.. haihh
ReplyDeleteaah =)
Deleteada tgk kat melodi preview hari tue *feeling mcm dok kat mesia ngeee* nnt blh la tgk
ReplyDelete=) nanti leh tgk kat tonton..
Deleteooo tonton kat sini x leh tgk kecuali la buletin utama jer...nangesss
Deletep/s::RM82 jer :p
oo.. kadang ade org share kat youtube..cuba tgk...
Deletep/s: tiap2 hari ke lady yu mkn sushi? =) wah dah jadi perut jepun..huhu
mcm menarik je citer ni..sbb ade tiz..hehe
ReplyDeletemenarik2 =)
Deletetak tgk sgt la mlm td, tak berapa minat ngn si tiz tuh... takpe2 kite tgk mcm ni camne
ReplyDeleteoo akak xminat tiz =)
Deletewah kuit sudah ni sidebar nya..hehe..cua tukar template guna simple template..xdala border tepi tu..hehe sha saja bg cdgn..jgn mrh ya..
ReplyDeletecadangan diterima =) sudah edit..
Deletealaaaa,mcm best jer..tp sejak kawen nie jarang tgk tv..duk ngan MIL kene behave skit..hehehe..
ReplyDelete=) xpe awak tgk kat tonton..
Deletelama xtgk tv..mcm best je..:)
ReplyDeletebest =) jgn lupe tgk
Delete