-->

Tuesday 19 June 2012

Dejavu di Kinabalu - TV3

Dejavu di Kinabalu (Sumber: TV3)
 Best la tengok cerita ni kat tv3  semalam
7.00malam slot Akasia

Sinopsis: (Sumber TV3)
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara. Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya. Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ. Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa. Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

24 comments:

  1. sekarnag tak de mase nak tengok TB. huk3...

    ReplyDelete
  2. best juga tp kekdg x sempat nak follow citer waktu mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara pnyampaian crite ni beza..gambar die macam wat filem..tu yg menarik..nanti ade masa cuba akak tgk =)

      Delete
  3. tak sempat tengok semalam..tak sihat..TV kemana...Tido kemana...mmmm...

    ReplyDelete
  4. suka tayang cerita best waktu solat maghrib kan.. haihh

    ReplyDelete
  5. ada tgk kat melodi preview hari tue *feeling mcm dok kat mesia ngeee* nnt blh la tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. =) nanti leh tgk kat tonton..

      Delete
    2. ooo tonton kat sini x leh tgk kecuali la buletin utama jer...nangesss

      p/s::RM82 jer :p

      Delete
    3. oo.. kadang ade org share kat youtube..cuba tgk...
      p/s: tiap2 hari ke lady yu mkn sushi? =) wah dah jadi perut jepun..huhu

      Delete
  6. mcm menarik je citer ni..sbb ade tiz..hehe

    ReplyDelete
  7. tak tgk sgt la mlm td, tak berapa minat ngn si tiz tuh... takpe2 kite tgk mcm ni camne

    ReplyDelete
  8. wah kuit sudah ni sidebar nya..hehe..cua tukar template guna simple template..xdala border tepi tu..hehe sha saja bg cdgn..jgn mrh ya..

    ReplyDelete
  9. alaaaa,mcm best jer..tp sejak kawen nie jarang tgk tv..duk ngan MIL kene behave skit..hehehe..

    ReplyDelete